Thursday, 8 January 2015

Tip Kecantikan: TOMATO

Assalamualaikum.





Ha.. nampak tak gambar tu.. nyum..nyum... sedapnyer.. hehe.. Eh jap jap.. saya bukan nak makan tau tapi saya nak gunakan buah tu untuk kecantikan muka.. saya ni tak adalah cantik tapi saya cuba untuk cantikkan kulit saya.. hehe.. perasan kan.. kehkeh..saya nak kongsi rahsia nan semua.. Tak baik tamak-tamak kan.. nak cantik sorang je.. lagi pun cost nak beli buah tomato pun murah.. RM 1 SEMINGGU. So skang saya nak tunjukkan petua memakai buah tomato di muka.

saya nak kongsi tip yang paling berkesan untuk licinkan muka dengan menggunakan buah TOMATO sahaja. saya dah cuba dan ia berkesan. saya da pakai selama dua minggu dan sekarang saya rasa licin je kulit muka. sekarang saya nak kongsikan cara pemakainannya ok..


Cara-caranya sebagai scrub atau pencuci muka
1. Ambil buah tomato.
2. Belah kepada 4 bahagian(kalau besar), 2 bahagian(kalau kecil)
3. Sapukan dimuka sebagai pencuci muka
4. Bilas dengan air.
5. Cuci muka dengan pencuci muka anda.

Cara-caranya sebagai mask
1. Ambil buah tomato.
2. Belah kepada 4 bahagian(kalau besar), 2 bahagian(kalau kecil)
3. Sapukan dimuka
4. biarkan tomato kering lebih kurang 20 minit ataupun sampai kering
5. Bilas muka dengan air.

SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment