Wednesday, 21 January 2015

Resepi Kari Ikan: Ikan Cermin

Assalamualaikum...


OK sekarang nampak tak gambar apa tu? cer teka.. hehe.. main teka taki la plak.. ok gambar yang dekat atas tu gambar ikan masak kari. ha nak masak kari nie macam macam ikan tau kita boleh guna.. contahnya ikan bawal, ikan tenggiri n macam macam lagila.. tapi kali ni saya try guna ikan cermin.. nak try la katakan . and finally dpt feedback yang sedap.. so saya nak kongsikan rahsia resepi kari ikan cermin.. hehe..

sekaran kita perlu kumpulkan bahan bahannya..

1. sebiji kelapa parut
2. ikan cermin 2 ekor
3. serbuk kunyit 3 sudu
4. garam
5. rancah (tomato atau bendi)
6. asam keping sekeping
7. minyak masak 3 sudu besar
8. cili kering yang telah dikisar 3 sudu besar
9. sebiji bawang merah dan sebiji bawang putih
10. halia
11. daun kari 3 helai

cara-cara

1) panaskan minyak masak. bila dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih, halia dan daun kari
2) tumis sehingga naik bau
3) masakkan cili kering yang telah dikisar
4) tumis sampai garing
5) masukkan serbuk kari. kalau kurang minyak, tambah lagi sikit minyak
6) masukkan santan. kacau sampai menggelegak
7) masukkan garam
8) masukkan ikan dan kacau sampai menggelegak
9) masukkan asam keping
10) masukkan rencah seperti tomato atau bendi
11) kacau dan rasa masin ke tak, sedap ke tak.. hehe .., dah habis rasa bolehlah angkat..

SELAMAT MENCUBA

BILA HATIKU BERBICARA.. Itulah aku..





Masak Lemak Cili Padi: Ikan Parang

Assalamualaikum

Hai.. rasa dah lama tak update blog kan.. al maklumlah baru je habis belajar.. tak ada benda yang nak dibuat.. so tolong ibu kat dapur la.. hahaha.. first time buat masak lemak nie.. nak try la belajar tuk masa hadapan.. kihkihkih

so..
kat sini saya nak kongsikan resepi masak lemak ibu saya.. klu rasa nak buat copy je resepi nie.. jangan segan segan..hehehe..


Bahan-bahan untuk 3 org makan( boleh 2 kali makan-siang dan malam)

1) sebiji kelapa
2) 40 biji cili padi
4) kunyit serbuk atau kunyit hidup
5) garam
6) rencah (belimbing)

Cara- cara
1) perah kelapa parut. bahagikan dua bahagian. perahan pertama santan yang pekat lebih kurang 1 mangkuk kecil dan perahan yang kedua santan yang cair lebih kurang 4 mangkuk kecil.
2) tumbok or blend cili padi bersama kunyit
3) panaskan periuk, masukkan santan dan cili padi dan kunyit yang telah ditumbok td di dalam periuk dan kacau
4) bila santan dah menggelegak, masukkan ikan. kacau sehingga menggelegak,
5)masukkan garam secukup rasa
6) masukkan rencah seperti belimbing. kalau yang tak nak isi belimbing pun x apa. boleh jugak isi peria katak.
7) kacau dan rasa dah masak, angkat.


# pesanan ibu
--- jangan masak terlalu lama takut nanti pecah minyak
--- jangan masak terlalu sekejap takut nanti tak masak pulak hehe
--- kalau nak lebih senang tok kacau ikan, masak je dalam kuali.. besar sikit.. lebih senag nak kacau
--- hati kena iklas bila nak masak.. huhu
--- kalau rasa nak pedas, tambah lagi cili padi.

BILA HATIKU BERBICARA.. Itulah aku..

Thursday, 8 January 2015

Tip Kecantikan: TOMATO

Assalamualaikum.





Ha.. nampak tak gambar tu.. nyum..nyum... sedapnyer.. hehe.. Eh jap jap.. saya bukan nak makan tau tapi saya nak gunakan buah tu untuk kecantikan muka.. saya ni tak adalah cantik tapi saya cuba untuk cantikkan kulit saya.. hehe.. perasan kan.. kehkeh..saya nak kongsi rahsia nan semua.. Tak baik tamak-tamak kan.. nak cantik sorang je.. lagi pun cost nak beli buah tomato pun murah.. RM 1 SEMINGGU. So skang saya nak tunjukkan petua memakai buah tomato di muka.

saya nak kongsi tip yang paling berkesan untuk licinkan muka dengan menggunakan buah TOMATO sahaja. saya dah cuba dan ia berkesan. saya da pakai selama dua minggu dan sekarang saya rasa licin je kulit muka. sekarang saya nak kongsikan cara pemakainannya ok..


Cara-caranya sebagai scrub atau pencuci muka
1. Ambil buah tomato.
2. Belah kepada 4 bahagian(kalau besar), 2 bahagian(kalau kecil)
3. Sapukan dimuka sebagai pencuci muka
4. Bilas dengan air.
5. Cuci muka dengan pencuci muka anda.

Cara-caranya sebagai mask
1. Ambil buah tomato.
2. Belah kepada 4 bahagian(kalau besar), 2 bahagian(kalau kecil)
3. Sapukan dimuka
4. biarkan tomato kering lebih kurang 20 minit ataupun sampai kering
5. Bilas muka dengan air.

SELAMAT MENCUBA...