Saturday, 23 May 2015

bedak sejuk

Assalamualaikum... Hai lama dah tak update blog nie.. Ok skang dengan rasa happynye sy nk ceritakan petua kecantikan.. Ok nak tau tak yg dekat tangan Saya tu, ia adalah bedak sejuk
Sape penah pakai bedak sejuk
. rugi sape yang tak pernah pakai... Bedak sejuk nie banyak kebaikannya seperti melicinkan kulit, menyejukkan muka, mengurangkan minyak dikulit muka dan yang paling penting sekali ialah mengecutkan jerawat... Kalau perempuan nie tak sahkan klu x de jerawat.. Mesti punyela akan keluar jerawat masa period ataupun selepas period kan..  Jadi guna bedak sejuk nie da mengecutkan semua jerawat kita.. Tak cayer cubala... Hehe
Ha bg yg lelaki x salah pun nak pakai bedak sejuk... Boleh je pakai.. Nnt kakak2 adik2 semua tergoda dengan kehalusan kulit tu.. Haha... Just joke.. Orait... Maybe bedak sejuk nie tak popular seperti jenama2 yg mahal di pasaran, tetapi jangan terkejut tau dengan kesannya yg sangat bagus..  Murah je bedak sejuk nie.. X sampai sepuluh hinggit pun.. X rugi mencuba.. Mungkin sesetengah orang rasa eee kolotnya pakai bedak sejuk tapi yang kolot nie jugaklah membantu kita dalam memberikan kecantikan pada kulit wajah kita. Selamat mencuba dan selamat beramal ye.. Hehe.
Bila hatiku berbicara, itulah aku...


Thursday, 26 February 2015

ohhh ibu..

Ibu... Tiada pengganti... Dia satu dalam dunia. Ibu.. Tak pernah kecewakan anakwalau bagaimana keadaan, sentiasa bagi Yang terbaek.. Cukup kasih sayang, cukap jaganya, cukap pakaian, cukup makanan yang disediakan.. Walaupun hidup susah, walaupun tiada duit, until anak anaknya, until kesenangan kelairganya, dia sanggup lakukan apa sahaja.. Ibu.. Ibu ada duit tak.. Adik tak ada duit la ibu nak belanja.. Mesti ibu bagi jawapan.. Adala sikit... Nnt ibu bank in kan.. ITU jwpn ibu.. Walaupun dia susah.. Tiada duit.. Demi anak2.. Dia sanggup.. Sanggup lakukan apa sahaja... 
Rugi seorang anak yang lupakan kebaikan ibunya, lupakan kasih sayang yang dicurahkan ibunya, lupa segalanya apabila senang... Kalau bukan dari ibu, kalau bukan tangan ibu yang besarkan kita, kita tak jadi macam sekarang...
Sayangilah ibu sementara dia ada.. Sementara dia bernafas, sementara dia do dunia ini.. Jgn sampai waktu die pergi, kita Baru menyesal...
Ibu tiada pegganti.. Tiada ke 2.. Dan tiada ke 3...

Wednesday, 21 January 2015

Resepi Kari Ikan: Ikan Cermin

Assalamualaikum...


OK sekarang nampak tak gambar apa tu? cer teka.. hehe.. main teka taki la plak.. ok gambar yang dekat atas tu gambar ikan masak kari. ha nak masak kari nie macam macam ikan tau kita boleh guna.. contahnya ikan bawal, ikan tenggiri n macam macam lagila.. tapi kali ni saya try guna ikan cermin.. nak try la katakan . and finally dpt feedback yang sedap.. so saya nak kongsikan rahsia resepi kari ikan cermin.. hehe..

sekaran kita perlu kumpulkan bahan bahannya..

1. sebiji kelapa parut
2. ikan cermin 2 ekor
3. serbuk kunyit 3 sudu
4. garam
5. rancah (tomato atau bendi)
6. asam keping sekeping
7. minyak masak 3 sudu besar
8. cili kering yang telah dikisar 3 sudu besar
9. sebiji bawang merah dan sebiji bawang putih
10. halia
11. daun kari 3 helai

cara-cara

1) panaskan minyak masak. bila dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih, halia dan daun kari
2) tumis sehingga naik bau
3) masakkan cili kering yang telah dikisar
4) tumis sampai garing
5) masukkan serbuk kari. kalau kurang minyak, tambah lagi sikit minyak
6) masukkan santan. kacau sampai menggelegak
7) masukkan garam
8) masukkan ikan dan kacau sampai menggelegak
9) masukkan asam keping
10) masukkan rencah seperti tomato atau bendi
11) kacau dan rasa masin ke tak, sedap ke tak.. hehe .., dah habis rasa bolehlah angkat..

SELAMAT MENCUBA

BILA HATIKU BERBICARA.. Itulah aku..





Masak Lemak Cili Padi: Ikan Parang

Assalamualaikum

Hai.. rasa dah lama tak update blog kan.. al maklumlah baru je habis belajar.. tak ada benda yang nak dibuat.. so tolong ibu kat dapur la.. hahaha.. first time buat masak lemak nie.. nak try la belajar tuk masa hadapan.. kihkihkih

so..
kat sini saya nak kongsikan resepi masak lemak ibu saya.. klu rasa nak buat copy je resepi nie.. jangan segan segan..hehehe..


Bahan-bahan untuk 3 org makan( boleh 2 kali makan-siang dan malam)

1) sebiji kelapa
2) 40 biji cili padi
4) kunyit serbuk atau kunyit hidup
5) garam
6) rencah (belimbing)

Cara- cara
1) perah kelapa parut. bahagikan dua bahagian. perahan pertama santan yang pekat lebih kurang 1 mangkuk kecil dan perahan yang kedua santan yang cair lebih kurang 4 mangkuk kecil.
2) tumbok or blend cili padi bersama kunyit
3) panaskan periuk, masukkan santan dan cili padi dan kunyit yang telah ditumbok td di dalam periuk dan kacau
4) bila santan dah menggelegak, masukkan ikan. kacau sehingga menggelegak,
5)masukkan garam secukup rasa
6) masukkan rencah seperti belimbing. kalau yang tak nak isi belimbing pun x apa. boleh jugak isi peria katak.
7) kacau dan rasa dah masak, angkat.


# pesanan ibu
--- jangan masak terlalu lama takut nanti pecah minyak
--- jangan masak terlalu sekejap takut nanti tak masak pulak hehe
--- kalau nak lebih senang tok kacau ikan, masak je dalam kuali.. besar sikit.. lebih senag nak kacau
--- hati kena iklas bila nak masak.. huhu
--- kalau rasa nak pedas, tambah lagi cili padi.

BILA HATIKU BERBICARA.. Itulah aku..

Thursday, 8 January 2015

Tip Kecantikan: TOMATO

Assalamualaikum.





Ha.. nampak tak gambar tu.. nyum..nyum... sedapnyer.. hehe.. Eh jap jap.. saya bukan nak makan tau tapi saya nak gunakan buah tu untuk kecantikan muka.. saya ni tak adalah cantik tapi saya cuba untuk cantikkan kulit saya.. hehe.. perasan kan.. kehkeh..saya nak kongsi rahsia nan semua.. Tak baik tamak-tamak kan.. nak cantik sorang je.. lagi pun cost nak beli buah tomato pun murah.. RM 1 SEMINGGU. So skang saya nak tunjukkan petua memakai buah tomato di muka.

saya nak kongsi tip yang paling berkesan untuk licinkan muka dengan menggunakan buah TOMATO sahaja. saya dah cuba dan ia berkesan. saya da pakai selama dua minggu dan sekarang saya rasa licin je kulit muka. sekarang saya nak kongsikan cara pemakainannya ok..


Cara-caranya sebagai scrub atau pencuci muka
1. Ambil buah tomato.
2. Belah kepada 4 bahagian(kalau besar), 2 bahagian(kalau kecil)
3. Sapukan dimuka sebagai pencuci muka
4. Bilas dengan air.
5. Cuci muka dengan pencuci muka anda.

Cara-caranya sebagai mask
1. Ambil buah tomato.
2. Belah kepada 4 bahagian(kalau besar), 2 bahagian(kalau kecil)
3. Sapukan dimuka
4. biarkan tomato kering lebih kurang 20 minit ataupun sampai kering
5. Bilas muka dengan air.

SELAMAT MENCUBA...