Monday, 16 May 2016

kek coklat kukus moist yang senang dan sedap

assalamualaikum..

hallooooo.. owh gembira rasa.. jadi nak kongsi resepi coklat kukus yang delicious and marvelous.. wah... haha... ok .. saya nakk bagi gambar kek..

taraaaa...
yang ini gambar sebelum letak topping


yang ini gambar selepas letak topping

dia memang sedap tapikan.. alahai malunya... x cantik.. hahaha... saya bukan orang seni tapi saya akan cuba buat lagi dan perbaiki lagi wajah kek saya..

ok.. saya nak bagi bahan-bahan sukatan cawan.. senang..tak payah timbang-timbang.. leceh kan..

bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 tepung kek
1 susu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanila

cara-cara menyediakan kek coklat kukus
1) campurkan gula, susu cair, susu pekat, minyak kedalam 1 periuk. dan masakkan sekali. masak atas api dalam keadaan api perlahgan sehingga larut dan sebati
2) dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan kedalam campuran pertama tadi.
3)  dalam bekas lain pulak. campurkan tepung kek, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan gaulkan sehingga sebati. jangan berketul -ketul. masukkan campuran pertama tadi kedalam campuran ke 3. kiranya yang kita mask tadi bersama telur gaulkan dengan tepung tu semua.
4) panaskan pengukus dan pastikan ar sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan coklat tadi
5) sapukan majerin pada loyang. jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tak kena pada kek. nanti kek tak cantik. 
6) masak selama 1 jam

bahan topping
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan milo
2 sudu makan susu cair
sedikit minyak

cara penyediaan topping
1) panaskan pengukus ataupun apa sahaja macam double boiler
2) masukkan semua bahan-bahan tadi dan kacau sehingga cair.
3) siap... hahaha

p/s: topping deletakkan selepas kek sejuk.

ok cubala..

bilahatikuberbicara itulah aku..

agar-agar orea milo

assalamualaikum...
hai.. hai... hai...
hari ni nak ajar cara buat agar-agar oreo...
try la.. yummy-yummy... saya suka massak.. buat kek.. cuba makanan baru..
meh ey saya bagi gambar agar-agar oreo yang saya buat.. taraaaa

TARAAAAA... Tengok tu cantikkan.. nie percubaan pertama dalam buat agar -agar orreo.. boleh la.. daripada tak jadi langsung kan...


ok.. yang kat bawah ni pulaksaya dah potong-potongkan agar-agar tu.. nampak cantikkan.. nyam2..



ok.. nak resepi tak???/
ni resepi dia:

bahan2:
1 plastik agar-agar
1 cawan gula (ikut nak manis ke tak)
1 tin susu carnation
oreo (ikut nak banyak, letak banyak oreo)
1 cawan milo (kalau nak pekat isi 2 cawan

cara-cara:
1) masukkan air di dalam periuk . air bergantung kepada agar2. kalau nak agar-agar keras letak sedikit air. selalunya 1 plastik agar-agar untuk 6 air tin susu. biarkan air mendidih
2) masukkan gula. kacau sehingga cair.
3) masukkan agar-agar. kacau sehingga rupa agar-agar hilang/cair.
4) masukkan susu carnation. kacau sehingga mendidih.
5) masukkan milo
6) kacau sehingga sebati. dan tutup api.
7) tapis
8) masukkan oreo kedalam adunan tadi dan masukkan kedalam bekas agar-agar.
p/s: kalau nak cantik, masukkan kedalam bekas yang cantik.. hehehe
biarkan agar-agar sejuk dan keras. kemudian boleh potong. masukkan agar-agar-agar ke dalam peti ais lagi sedap.. sejuk je masuk ke dalam perut. nyam2....

selamat mencuba:)


**** dalam memasak, saya suka agak2.. apa yang patut saya tambah, saya tambah, apa yang saya kurangkan saya kurangkan. mengikut citarasa seseorang.

bilahatikuberbicara.... itulah aku....