Tuesday, 31 January 2017

Tips Kecantikan Kulit Muka

Assalamualaikum..

Hai.. hari ni nak bagi sikit tips kecantikan muka... bukan saya nak cakap kulit saya cantik, tak,,,tak,.. cuma nak kongsi sikit cara nak jaga muka supaya muka kita cantik.. bersih.. no jerawat dan yang paling penting, lembut.

hahaha over plak kan. kat sini saya nak promote 1 product nie. saya tak jual cuma nak promote je la...
mana la tua tetiba tengah jalan2 dekat shopping mall, ternampak benda nie, terus nak beli nanti... hehehe..

ok ya, saya bagi gambar sebagai rujukan

olive habatul sauda mixed oil

benda ni saya beli dekat shopping mall. kebanyakannya jual dekat kedai2 yang jual barangan arab macam kurma, kekacang.. jadi saya pun nampak dan terpikat. jadi belila tanpa pikir dua tiga kali.

bila da bawak balik rumah, tetiba teringat sesuatu... orang kata habatul sauda nie banyak kelebihan. so disebabkan kulit saya nie kering. jadi setiap kali mandi, saya sapukan sedikit habatul sauda nie di seluruh muka... buat lembut2 je kat muka.. bulat.. bulat.. bulat..

sekarang bila gunakan benda nie, dalam 2 bulan, yang saya perasan, kulit muka saya tak kering dan yang paling penting , 0 jerawat.. hehehe... saya tak cakap benda nie 100% berkesan tetapi tak salah kan kalau kita mencuba. 

dan sekarang, saya tak perlu pakai ubat jerawat, tak perlu pening2 nak carik cream apa yang sesuai dengan muka, dan tak perlu nak letak tebal2 bedak di muka.hehehehe

cubalah.. mana tau berkesan dan sesuai untuk kulit kamu semua.. n lagi satu, sesuai untuk minyak rambut  rambut akan jadi lembut dan tidak mengerbang macam hantu... hahahaha :)

bila hatiku berbicara... itulah aku


Roti Cheese Meleleh

Hai Assalamualaikum....

Apa khabar semua... Hai.. ok nak bagi resepi yang mudah dan sedap. nak tahu resepi apa? ok jom tengok gambar nie...


Roti Cheese Meleleh


Bahan- bahan untuk buat roti cheese nie senang je .. Cepat2 pergi ambil pen dan kertas. Salin

Bahan-bahan

1) 2 Roti gardenia (jenama apa pun tak apa)
2) 2 Cheese (Cheddar Cheese)
3) 2 batang hot dog
4) 2 biji telur

Cara caranya
1) Lapiskan roti-cheese-hotdog-cheese-roti
2) celupkan dalam bancuhan telur
3) masak atas kuali sehingga roti garing/masak/ dan cheese meleleh.

Siap dan boleh dimakan panas2... sedap.... nyam2.. selamat mencuba.. :)

*minyak jangan banyak sangat untuk dapatkan kesihatan yang sihat

Tuesday, 19 July 2016

resepi: spegethi mudah dan sedap

ASSALAMUALAIKUM...

nampak macam sedap x??? agak-agak apa ni ya??? ya betul..spagethi nyam2.. sedap sangat..
nanti .. alamak kuah spegethi tak sempat nak tangkap gambar... sebab rushing sangat kawan2 nak datang rumah... tak pa2.. nah saya bagi resepi nak buat spegethi ye.. yang sedap dan lazat.. kihkihkih


barang-barang untuk buat spegethi
1) spegethi
2)hot dog

cara buat spegethi
1) potong kecil-kecil hot dog
2)masukkn spegethi kedalam hot dog(lebih kurang macam buat satay, cocok-cocokkan.. 5 btg 1 hotdog kecil
3) rebus dalam kuali atau periuk
4) tggu sampai spegethi lembut dan siap... hehehe

barang2 untuk buat kuah spegethi
1)bawang merah dan bawang putih
2)cili banggala merah dan hijau(potong dadu)
3)1 sudu cili kisar
4) daging hancur (nak letak banyak boleh, letak sikit pun boleh)
5) sos prego (apa-apa jenis sos tak kesah)
6)1 tin cendawan butang
6) 2 cawan air suam

cara-caranya
1)goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau menggunakan minyak yang sedikit
2)masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3)masukkan cili banggala dan daging hancur. goreng sehingga hilang warna merah pada daging.
4) masukkan sos prego dan kacau hingga sebati
5) masukkan cendawan butang
6) kalau pekat, tambahkan air mengikut citarasa sendiri
7)masak sehingga sos mendidih
8) siap


Monday, 16 May 2016

kek coklat kukus moist yang senang dan sedap

assalamualaikum..

hallooooo.. owh gembira rasa.. jadi nak kongsi resepi coklat kukus yang delicious and marvelous.. wah... haha... ok .. saya nakk bagi gambar kek..

taraaaa...
yang ini gambar sebelum letak topping


yang ini gambar selepas letak topping

dia memang sedap tapikan.. alahai malunya... x cantik.. hahaha... saya bukan orang seni tapi saya akan cuba buat lagi dan perbaiki lagi wajah kek saya..

ok.. saya nak bagi bahan-bahan sukatan cawan.. senang..tak payah timbang-timbang.. leceh kan..

bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 tepung kek
1 susu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanila

cara-cara menyediakan kek coklat kukus
1) campurkan gula, susu cair, susu pekat, minyak kedalam 1 periuk. dan masakkan sekali. masak atas api dalam keadaan api perlahgan sehingga larut dan sebati
2) dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan kedalam campuran pertama tadi.
3)  dalam bekas lain pulak. campurkan tepung kek, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan gaulkan sehingga sebati. jangan berketul -ketul. masukkan campuran pertama tadi kedalam campuran ke 3. kiranya yang kita mask tadi bersama telur gaulkan dengan tepung tu semua.
4) panaskan pengukus dan pastikan ar sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan coklat tadi
5) sapukan majerin pada loyang. jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tak kena pada kek. nanti kek tak cantik. 
6) masak selama 1 jam

bahan topping
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan milo
2 sudu makan susu cair
sedikit minyak

cara penyediaan topping
1) panaskan pengukus ataupun apa sahaja macam double boiler
2) masukkan semua bahan-bahan tadi dan kacau sehingga cair.
3) siap... hahaha

p/s: topping deletakkan selepas kek sejuk.

ok cubala..

bilahatikuberbicara itulah aku..

agar-agar orea milo

assalamualaikum...
hai.. hai... hai...
hari ni nak ajar cara buat agar-agar oreo...
try la.. yummy-yummy... saya suka massak.. buat kek.. cuba makanan baru..
meh ey saya bagi gambar agar-agar oreo yang saya buat.. taraaaa

TARAAAAA... Tengok tu cantikkan.. nie percubaan pertama dalam buat agar -agar orreo.. boleh la.. daripada tak jadi langsung kan...


ok.. yang kat bawah ni pulaksaya dah potong-potongkan agar-agar tu.. nampak cantikkan.. nyam2..



ok.. nak resepi tak???/
ni resepi dia:

bahan2:
1 plastik agar-agar
1 cawan gula (ikut nak manis ke tak)
1 tin susu carnation
oreo (ikut nak banyak, letak banyak oreo)
1 cawan milo (kalau nak pekat isi 2 cawan

cara-cara:
1) masukkan air di dalam periuk . air bergantung kepada agar2. kalau nak agar-agar keras letak sedikit air. selalunya 1 plastik agar-agar untuk 6 air tin susu. biarkan air mendidih
2) masukkan gula. kacau sehingga cair.
3) masukkan agar-agar. kacau sehingga rupa agar-agar hilang/cair.
4) masukkan susu carnation. kacau sehingga mendidih.
5) masukkan milo
6) kacau sehingga sebati. dan tutup api.
7) tapis
8) masukkan oreo kedalam adunan tadi dan masukkan kedalam bekas agar-agar.
p/s: kalau nak cantik, masukkan kedalam bekas yang cantik.. hehehe
biarkan agar-agar sejuk dan keras. kemudian boleh potong. masukkan agar-agar-agar ke dalam peti ais lagi sedap.. sejuk je masuk ke dalam perut. nyam2....

selamat mencuba:)


**** dalam memasak, saya suka agak2.. apa yang patut saya tambah, saya tambah, apa yang saya kurangkan saya kurangkan. mengikut citarasa seseorang.

bilahatikuberbicara.... itulah aku....




Saturday, 23 May 2015

bedak sejuk

Assalamualaikum... Hai lama dah tak update blog nie.. Ok skang dengan rasa happynye sy nk ceritakan petua kecantikan.. Ok nak tau tak yg dekat tangan Saya tu, ia adalah bedak sejuk
Sape penah pakai bedak sejuk
. rugi sape yang tak pernah pakai... Bedak sejuk nie banyak kebaikannya seperti melicinkan kulit, menyejukkan muka, mengurangkan minyak dikulit muka dan yang paling penting sekali ialah mengecutkan jerawat... Kalau perempuan nie tak sahkan klu x de jerawat.. Mesti punyela akan keluar jerawat masa period ataupun selepas period kan..  Jadi guna bedak sejuk nie da mengecutkan semua jerawat kita.. Tak cayer cubala... Hehe
Ha bg yg lelaki x salah pun nak pakai bedak sejuk... Boleh je pakai.. Nnt kakak2 adik2 semua tergoda dengan kehalusan kulit tu.. Haha... Just joke.. Orait... Maybe bedak sejuk nie tak popular seperti jenama2 yg mahal di pasaran, tetapi jangan terkejut tau dengan kesannya yg sangat bagus..  Murah je bedak sejuk nie.. X sampai sepuluh hinggit pun.. X rugi mencuba.. Mungkin sesetengah orang rasa eee kolotnya pakai bedak sejuk tapi yang kolot nie jugaklah membantu kita dalam memberikan kecantikan pada kulit wajah kita. Selamat mencuba dan selamat beramal ye.. Hehe.
Bila hatiku berbicara, itulah aku...


Thursday, 26 February 2015

ohhh ibu..

Ibu... Tiada pengganti... Dia satu dalam dunia. Ibu.. Tak pernah kecewakan anakwalau bagaimana keadaan, sentiasa bagi Yang terbaek.. Cukup kasih sayang, cukap jaganya, cukap pakaian, cukup makanan yang disediakan.. Walaupun hidup susah, walaupun tiada duit, until anak anaknya, until kesenangan kelairganya, dia sanggup lakukan apa sahaja.. Ibu.. Ibu ada duit tak.. Adik tak ada duit la ibu nak belanja.. Mesti ibu bagi jawapan.. Adala sikit... Nnt ibu bank in kan.. ITU jwpn ibu.. Walaupun dia susah.. Tiada duit.. Demi anak2.. Dia sanggup.. Sanggup lakukan apa sahaja... 
Rugi seorang anak yang lupakan kebaikan ibunya, lupakan kasih sayang yang dicurahkan ibunya, lupa segalanya apabila senang... Kalau bukan dari ibu, kalau bukan tangan ibu yang besarkan kita, kita tak jadi macam sekarang...
Sayangilah ibu sementara dia ada.. Sementara dia bernafas, sementara dia do dunia ini.. Jgn sampai waktu die pergi, kita Baru menyesal...
Ibu tiada pegganti.. Tiada ke 2.. Dan tiada ke 3...